Mengenai Saya

Foto saya
kepala batas, pulau pinang, Malaysia
SOS CHAR KOAY TEOW M'DEE adalah produk bumiputera Muslim berasal dari negeri Pulau Pinang. Pusat memproses dan operasi kami terletak di Kepala Batas, Seberang Perai Utara, Penang. Resepi perisa istimewa ini menyediakan citarasa asli char koay teow penang. Kini anda tidak perlu keluar lagi untuk menikmati hidangan menu char koay teow. Dengan sos asli char koay teow m'dee, anda dapat menyediakannya sendiri di rumah. Dengan menggunakan sos ini sahaja, anda tidak perlu menambah perisa yang lain sama sepertimana yang anda pernah lihat penggoreng char koay teow digerai-gerai yang pernah anda kunjungi. Ini bermakna anda dapat berjimat dan rasanya pula.. Ummm...LAZAATT..!!! Tidak tahu caranya? Jangan bimbang..!! Maklumat lengkap cara penyediaan telah di sediakan di dalam blog ini.

Selasa, 8 Ogos 2017

Resepi mudah dan ringkas Mee Goreng Mamak


RESEPI MEE GORENG MAMAK


Bahan-bahan yang diperlukan :

  • 1 bungkus 500gm mee dibahagi kepada 5/6 pinggan.
  • pati sos mee  M'DEE pekat.    [ guna terus  #sos tidak perlu dicairkan]
  • telur ayam.
  • bawang putih dikisar/ditumbuk.
  • udang sederhana besar 3 ekor.
  • cili bo/cili kisar.
  • minyak masak.
  • taugeh.
  • sayur-sayuran.

Cara menggoreng (untuk 1 pinggan) : 

  1. panaskan kuali.
  2. masukkan 1 senduk kecil minyak masak dan tunggu sehingga panas. 
  3. masukkan 3 ekor udang dan lain-lain.
  4. ,asukkan secubit bawang putih.
  5. masukkan cili kisar secukup pedas.
  6. masukkan 1-2 senduk kecil sos mee .
  7. masukkan mee, taugeh dan sayur lain digaulkan bersama.
  8. pecah dan masukkan telur.
  9. gaul sekejap sehingga sebati dan terus angkat untuk hidangan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan